Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak rayuan tertuduh atas dakwaan merogol seorang wanita dua tahun lalu.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani mengekalkan hukuman dan sabitan kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.